Feb 27, 2010

untuk mereka yg bergelar ADAM




ASSALAMUALAIKUM..

GOT THIS FROM f.a.i.


ADAM...


maafkan HAWA jika coretan ini membuat ADAM tidak senang duduk...


maafkan HAWA jika ADAM tak dapat nak terima apa yang ingin HAWA titipkan untuk ADAM...


maafkan HAWA jika ADAM rasa HAWA berfikiran kolot dan tak up to date...


maafkan HAWA jika ADAM terasa ingin buang dan keronyok kertas kaku ini...


maafkan HAWA jika teguran HAWA ini mengundang menyampah dihati ADAM...






terimalah HAWA seadanya ADAM...


bimbinglah HAWA kejalan Nya...


HAWA merindui ketenangan dalam pelukan dan bisikan ayat-ayat cinta yang disulami kata-kata indah pujian Rabb...






ADAM...


Adakah kau benar-benar ta’rif tentang erti dayus?


Lelaki dayus adalah membiarkan ibu, isteri, adik perempuan, kakak malah saudara perempuannya melakukan maksiat tanpa ada usaha untuk menasihatkan dan membetulkan khilaf dan kejahilan mereka.


Maksiat yang bagaimana? Terlalu banyak maksiat hingga kita tidak sedar.


Bukankah lelaki dayus itu antara 70 dosa-dosa besar?malah ALAH mengharamkan syurga kepada lelaki dayus.


Jika tidak ke syurga, kemana lagi tempat tuju kau ADAM ? Sudah tentu ke neraka bersama syaitanirrajim...


Naudzubillah...






ADAM...


Kau bertanggungjawab keatas HAWA. Bukankah HAWA itu isterimu?ibumu?


Adik perempuan mu?kakak mu?bahkan saudara-saudara perempuan mu?


Sedarkah kau ADAM, tatkala HAWA diperintahkan untuk terjun ke neraka kerana dosa-dosa didunia, mereka berhak menarik 4 ADAM untuk menemani mereka mengazabkan diri dengan maraknya api panas itu?


4 ADAM itu adalah; suami, ayah, adik lelaki, abang dan saudara lelaki nya.


Mahukah kau menerima azab bersama HAWA?






ADAM...


Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.


Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.


Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.


Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Ya-Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.






ADAM...


Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.


Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.


Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.


Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.


Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.


Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.


Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.


Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.


Sama ada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.


Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.


Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.


Jangan ADAM...jangan!


ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.


Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.






ADAM....


Kasihanilah HAWA...


Jangan kau nodakannya dengan sentuhan-sentuhan dan kata-kata romantismu yang kononnya tanda sayang dan cinta sebelum ada akad yang menghalalkan kau berbuat begitu.


Adakah engkau yakin dengan mencintainya sebelum nikah, dia adalah milikmu yang sah pada masa akan datang?


Tahukah engkau, ada 5 perkara yang ALLAH sembunyikan dari pengetahuan kita ADAM...


Jodoh, maut, rezeki, hari kiamat dan malam lailatul qadar.


Alhamdulillah, jika kekasih mu itu menjadi isteri mu nanti.


Jika dia diciptakan untuk ADAM lain, bagaimana ADAM?


Dimana letaknya kesucian seorang wanita?


ADAM yang benar-benar layak untuknya hanya layak menerima yang 2nd hand.


Kau juga ADAM seperti ADAM itu.


Apa perasaan mu jika isteri mu pernah menyerahkan hati nya untuk ADAM lain sebelum mu. Kecewa bukan bila kau terpaksa berkongsi hati itu bersama ADAM yang lain?






ADAM...


Dia telah berjanji...


ADAM yang baik untuk HAWA yang baik.


Mengapa kau menafikan janji Pencipta kita?Dia tidak pernah memungkiri janji.


Dia melarang kau mencintai dan berkasihan dengan HAWA sebelum ada akad yang menghalalkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepadamu dan seluruh hidupmu. Jikalau cinta haram mu itu membuahkan benih-benih yang terlarang, adakah pasti keturunan mu?


Sedangkan dihari perhitungan nanti, kau akan bertanggungjawab keatas keturunanmu.


Jika benih itu adalah seorang HAWA, kau layak berkahwin dengan nya.


Kerana kau tiada hak untuk menjadi wali kepadanya. Bukankah itu satu penghinaan Tuhan?






ADAM...


Tatkala jari-jari HAWA menari di atas keyboard, hati HAWA meruntun hiba. Kerana HAWA lemah...HAWA perlukan ADAM yang dekat pada Rabb untuk memimpin HAWA menuju Nya...


Dekatkanlah dirimu pada Pencipta kita ADAM...


Supaya HAWA tidak hilang harapan hidup didunia. Supaya HAWA tidak menarik ADAM menuju siksa neraka, dan kita derita bersama.


Biarlah HAWA dihias dengan bidadari dan menunggu ADAM menuju syurga ALLAH...agar kekal bahagia di pengabdian..






- HAWA -






May Allah bless;


HAWA, read this..

ASSALAMUALAIKUM..

GOT THIS FROM f.a.i.

Hawa,


Andai engkau


belum berkahwin


jangan kau risau jodohmu ,


ingatlah hawa


janji Tuhan kita,


wanita yang baik


adalah untuk lelaki yang baik.


Jangan dimulakan


sebuah pertemuan


dengan lelaki yang bukan muhrim


kerana


aku khuatir


dari mata jatuh ke hati,


maka lahirnya


senyuman


maka tercetusnya


salam


dan sekaligus


disususli


dengan pertemuan


takut lahirnya nafsu kejahatan


yang menguasai diri.






Hawa…


Lelaki yang baik


tidak melihat paras rupa,


lelaki yang soleh


tidak memilih wanita


melalui keseksiannnya,


lelaki yang warak


tdak menilai wanita


melalui keayuannya,


kemajaannya,


serta kemampuannya


mengoncang iman lelaki.


Tetapi lelaki yang baik


akan menilai wanita


melalui akhlaknya,


peribadinya


dan yang penting


pegangan agamanya.


Lelaki yang baik juga


tidak menginginkan pertemuan


dengan wanita yang bukan muhrimnya


kerana dia takut


memberi kesempatan kepada syaitan


untuk mengodanya.


Lelaki yang warak juga


tidak mahu bermain cinta


kerana dia tahu apa matlamat


dalam sebuah pertemuan


lelaki dan wanita


yakni


sebuah perkahwinan.






Oleh itu hawa,


Jagalah pandanganmu,


awasilah auratmu,


peliharalah akhlakmu ,


kuatkan pendirianmu.


Andai ditakdirkan


tiada cinta daripada adam untukmu,


cukuplah hanya cinta Allah


memenuhi


dan menyinari kekosongna jiwamu,


biarlah hanya cinta daripada kedua ibu


bapamu


yang memberi hangatan kebahagiaan


buat dirimu ,


cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta


keluarga


yang membahagiakan dirimu.






Hawa…..






Cintailah Allah


di kala susah dan senang


kerana kau akan memperolehi cinta


daripada insan


yang juga menyintai Allah.


Cintailah kedua ibu bapamu


kerana


kau akan perolehi keredhaan Allah.


Cintailah keluargamu


kerana


kau tak akan jumpa cinta


yang bahagia selain dari cinta keluarga.


Janganlah sesekali


tangan yang mengoncang dunia


juga yang mengoncang iman lelaki.










May Allah bless;


Feb 10, 2010

ROOFTOP RANT

ASSALAMUALAIKUM...


hari ni bz layan ROOFTOP RANT karya HLOVATE..bku ni dh lme sbnrnye p br ni aku b'kesempatan bce..klu org yg x biasa bce karya hlovate, starting je mesti rse nvl ni ntah pape ntah..p dlm2 diorg xtau...nvl ni byk giler ilmu that's y aku ske bce hasil usaha HLOVATE..byak bnde yg kdg2 kte x sdar jd dlm hdup kita de dlm nvl ni..so bt spe2 yg kata bce nvl ni waste time, u r totally wrong!!!


1 je yg aku x puas hati, nvel HLOVATE or any nvl publish by JS ssh sgt nk jmpe..aku dh b'kurun cr aA + bB p still x jmpe..aku sje nk bt koleksi..igt cm nk bli online je p nant smpai kt rmh, kantoi lh dgn ibuku t'syang..hai ssh tul..nanti lh aku try cari je..klu ssh sgt bli je lh online..kot kantoi, pndai2 lh aku m'jwb.. doa2 kn lh x kantoi k!!!!


WASALAM...

Feb 7, 2010

SEORANG DEMI SEORANG!!!!!

ASSALAMUALAIKUM......

last 2 day, nenek sedara aku selamat meninggalkan dunia ni..seorg demi seorg adik beradik wan aku meninggalkan dunia ni...yg x di sangka, arwah minx dikebumikan di sblh wan aku...rupenye dia pnah kte klu dia pergi dulu, kebumikan adik dia sblh dia p klu adik dia pg dulu kebumikn dia sblh adik dia. alhamdulillah ajat dia t'capai gak.dia dikebumikn kt sblh arwah wan aku...skrg tgal 4 org je lg dr 9 org...

kdg2 bila tbe saat cm ni,de gak hikmahnya..bila b'kmpul cmni br blh knal sdara-mara yg selama ni selisih bahu pn confirm x knal...jgn besok2 t'khwin dhn ank buah sndiri dh..yelh sepupu sume ank2 dh bsar..serius aku mmg x knal sepupu 2 sndiri..mmg klu duk selish kt tepi jln x knal lh....tmbhan plak aku ni duk asrama n mls giler nk g knduri rmh sdara mara..ni lh sbb nye ibu mrh giler klu aku x g knduri rmh sdara mara..smapi sdara sndiri pn xknl, mmg parah lh..pepun take this as pengajarn..jgn tgu time2 cmni je bru nk knal sdara mara..xkn nk tgu de kecemasn or kehilangn cmni br nk knal org sekeliling...at least i learn1 thing this week..alhamdulillah!!!!

WASALAM......

Feb 3, 2010

AFTER YEARS....

ASSALAMUALAIKUM..

hari ini dlm sjarah, kitorg kena b'diri ats kerusi sbb xdpt jwb soalan arab. kelakar je ble pikir..dh bpe lme aku x kne denda b'diri ats kerusi..last kne pn time sek ren. 2 pn aku dh x igt mase darjah bape..rasa2 cm xde sbb aku ni blh di kategorikan as good student(bkn naik lif tkan sndiri, ni kenyataan). nasib baik kne ats kerusi je..ustaz klu blh nk sruh kitorg sume naik ats meja p tkut meja 2 x mampu nk menanggung msing2 yg dh gedang gedabak ni..p yg peliknya, aku x rasa tnsion plak even kne denda sbb nye sume org kena kot...bkn aku sorg je..lg 1, aku yg slah sbb x dpt jwb. even tau pn, aku x cnfiden lngsung nk jwb..camno ni...ni lh pngalamn t'baik aku..klu x time ni, ble lg nk kne denda naik ats kerusi kn...pepun pas ni still de dnda lg..selagi x dpt jwb, selagi 2 kena diri..agk2 blh kurus x klu diri je..klu vlh, aku sanggup bt2 x dpt jwb tiap2 minggu..hahaha.

WASALAM....
 
Dear Diary Blogger Template